Sawadikap Krabi

Krabi, Thailand….rasanya ni kali ketiga aku ke sini. Sebelum ni, konvoi bermotorsikal tapi singgah sekejap je. Kali kedua ada meeting tapi masa tu naik flight Air Asia tapi kali ni aku dan isteri memandu kereta. Dari KL kami terus singgah di Changlun, Kedah untuk buat insuran Thailand…..nasib baik ada yang bukak lagi sebab masa tu dah jam 6 lebih. Siap je kami terus ke Bukit Kayu Hitam. Memandangkan last isi minyak kat Shell Tol Jalan Duta, sebelum masuk ke Thailand elok isi minyak siap-siap sebab kt sana mahal sikit. Kami singgah kt BHP Bukit Kayu Hitam untuk isi minyak dalam RM80.00 penuh tangki.

Kalau nak drive direct ke Krabi daripada Bukit Kayu Hitam ada la 5-6 jam so kami putuskan untuk rehat dan tidur di Pekan Danok. Hotel kat Pekan Danok ni memang banyak dan murah tapi yang paling penting restoran kat sini memang terbaik. Jangan lupa makan daging bakar kat sini, sedap gile bai!!! Proses kami masuk ke Thailand ni mudah dan paling penting Passport, Insuran Thailand dan salinan geran kenderaan atas nama korang. Kalau takde salah satu dokumen ni elok patah balik je la hehehe!

Esok pagi-pagi kami berdua bertolak ke Krabi melalui pekan Trang dan Pattalung dalam 5 jam kami sampai di Krabi. Kami pilih hotel di area Au Nang Beach sebab kat area tu yang paling meriah dan banyak la gerai-gerai dan kedai bukak sampai lewat malam. Pada pemerhatian aku, rasanya dah tak ramai pelancong ke Krabi tak pasti kenapa tapi mungkin belum musim kot. Cuma yang ketara, kedai yang menjual makanan halal makin banyak sampaikan depan Masjid di Au Nang tu dah ada macam mini pasar malam dan semuanya orang Islam.

Oleh kerana dan kali ketiga ke Krabi ni, kami dah tau la mana area nak berjalan. Tempat wajib Krabi Factory Outlet, Krabi Night Market, pantai Au Nang dan lain-lain.

Kami tak lama di Krabi…boleh 2 malam jer. Kami ada terjumpa seorang pakcik yang berasal dari Malaysia tapi dah bukak restoran di Krabi. Dia bagi tau kalau nak dekat balik lalu Wang Klian dalam 4 jam berbanding ikut jalan kami datang. So boleh la cuba laluan baru, jalan agak besar dan lenggang cuma di kiri kanan jalan tak banyak la kedai-kedai atau pekan cuma banyak hutan dan kebun getah je hehehe! Kalau malam agak mencabar la. Dalam perjalanan balik kami sempat singgah di satu restoran halal cuma aku tak sempat nak tanya area mana tapi tepi jalan besar jer.

Sampai di Wang Klian kami berhenti sejap singgah tengok apa yang patut. Tapi macam mandom sikit la area ni maybe sebab duit Malaysia dah makin murah kot. Proses keluar dari Thailand melalui Pos Imegresen Wang Klian ni memang mudah dan sangat pantas maybe sebab tak berapa sibuk sangat kot. Aku pun bukan beli barang sangat ada la beras siam 5kg buat makan sendiri hehehe!

Advertisements

Mencari Gadis Maori

Amacam ada berani??? hehehe! dalam perjalanan lepas aku dan sahabat aku memang agak kagum dengan kaum Maori di NZ ni. Diorang ni memang terkenal dengan badan yang besar dan sasa serta mempunyai tattoo. Lagi banyak tattoo kat badan lagi otai la, cuma kalau zaman dulu kala kalau banyak tattoo ni kira pahlawan hebat la.

Tanggal 15 Mac 2019, dunia dikejutkan dengan insiden tembakan di beberapa Masjid di Christchurch yang telah mengorbankan 51 orang Islam. Kami yang baru balik dari NZ memang agak terkejut dengan berita tu. Sepanjang kami di NZ, penduduk di sana agak baik dan peramah tapi yang buat angkara pun bukannya penduduk NZ tapi dari Australia. Takpe la kita tinggalkan dulu kisah insiden tembakan ni dan korang tentu tertanya-tanya apa kena mengena dengan tajuk kat atas tu?

Oleh kerana roh Maori telah meresap dalam badan ditambah dengan ketidakpuasan melihat pemandangan indah di NZ. Aku dan sahabatku merancang untuk pergi semula ke NZ pada 24 April 2019 hingga 2 May 2019. Memandangkan point Enrich MAS asyik nak expired jer…apa lagi aku guna la sebaik mungkin. So tiket flight pergi balik dapat la RM1,800 setelah tolak point Enrich.

Korang mesti tertanya-tanya binatang apa yang kami tunggang kali dalam misi mencari gadis Mouri….hehehe! disebabkan pergi berdua dan bujang so kami tunggang ‘Tenuk’ je. Mudah dan pantas ke mana sahaja. Trip kali ni, memang agak santai dan bebas. Ke mana hala tuju kami? kejap…..

Cape Reinga

Disebabkan kami tak sempat ke sebelah utara Auckland pada sesi sebelumnya, maka dengan semangat yang berkobar-kobar aku dan sahabatku meneruskan jelajah sehinggalah ke penghujung NZ. Memang tidak dinafikan, NZ adalah sebuah negara yang amat cantik dan wajib dilawati sekiranya berkesempatan. Perjalanan kali ni tak la berapa jauh cuma 951KM jerrrrrr! tapi kami ada bermalam di beberapa Motel. Apa yang menarik dalam trip kali ni, selain menghayati keindahan alam kami sempat melawat ke beberapa Golf Club di sana. Memang cantik dan harga pun berpatutan. Sebelum terlupa, aku nak share sikit binatang tunggangan kami kali ni. Ford Escape @ Tenuk.

Satu benda yang menarik kt NZ ni adalah Flat White Coffee dia, apa diorang letak ntah tapi memang ketagih dan sedap. Harga sekitar NZD5.00 secawan. Bangun jer pagi mesti nak kena Flat White dulu baru bertenaga. Selain, Cape Reinga rupanya ada beberapa tempat menarik lagi tak jauh daripada Cape Reinga tu, salah satunya Te Paki Sand Dunes (Pukenui) Aku share sikit la beberapa keping gambar pemandangan yang menarik area sebelah Utara Auckland ni.

Kia Ora New Zealand

Assalamualaikum….lama jugak aku nak fikir apa nak tulis dalam ni. Hehehe! akhirnya aku buat keputusan untuk share je la pengalaman aku & isteri serta sahabat aku & isterinya mengembara ke North Island, New Zealand pada 16 Disember 2018 sampai 29 Disember 2018. 
Plan untuk melawat New Zealand atau dalam bahasa Maori ‘Aotearoa’ rasanya sekejap je sebab aku memang pakar bab mempengaruhi orang lain dan pantas membuat keputusan tanpa memikirkan apa kesan dan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang. Rasanya isteri dan sahabat aku ni dah kenal sangat perangai aku hahahaha!
Kami berempat naik flight MAS je sebab nak jimat kos dan masa. Kos tiket flight sorang dalam RM3,400 masa tu maybe sebab bulan Disember ni kira ‘peak season’ di NZ. Sebab apa kitorang pilih Negara Maori ni???? hmmmmm….yang aku boleh jawab, sebelum ni dengar je orang cakap NZ ni Negara dia cantik. So aku pun buat keputusan nak tengok sendiri cantik ke tidak. Aku ni pun takde la banyak sangat berjalan tengok negara orang tapi boleh la sikit-sikit.
So setelah berjaya memukau wife aku dan mempengaruhi sahabat aku, kami pun terus membuat tempahan tiket flight dan study la sikit-sikit apa yang patut. Kalau ikut google maps kami akan menempuh perjalanan sepanjang 1,790KM dengan menaiki kenderaan yang kami panggil sebagai ‘UNTA’. Mesti korang nak tau UNTA kami macam mana kan? Sabar!!! First…aku nak share dulu routes yang kitorang pilih untuk dijelajah.

Kalau korang tengok betul-betul map NZ ni sebelah atas North Island tu ada lagi tapi disebabkan masa kitorang tak sempat la nak menjelajah sebelah atas tu. Bercakap pasal UNTA kitorang pulak, UNTA kitorang ni walau pun ‘huduh’ tapi banyak jasanya kepada kami berempat. Heheheh!
Penerbangan dari KLIA ke Auckland ni ambik masa lebih kurang 10 jam gak la. Naik kebas punggung tapi semangat Maori telah meresap dalam badan so kami berempat selamat sampai di Auckland International Airport. Auckland International Airport ni tak la sebesar KLIA maybe sebab airport dia dipecahkan kepada dua Domestik dengan International.
Satu benda yang bagus untuk sesiapa yang nak ke NZ, elok buat list makanan yang korang nak bawak dan print ‘ingredients’ setiap produk tu besar-besar supaya memudahkan Pegawai Kastam di NZ dan juga mempercepatkan proses sebab tersilap bawak makanan atau bahan-bahan makanan yang terlarang letih oooo nak menjawab dan yang pasti korang akan buang masa kat situ. So sekali lagi aku nasihatkan study apa yang boleh bawak dan apa yang tak boleh bawak.
Alhamdulillah proses kami keluar daripada airport berjalan lancar sebab dah buat preparation awal termasuk rokok aku sebanyak 4 carton atau 40 kotak dunhill bersamaan 800 batang yang sememangnya SALAH. Hehehe! Macam mana boleh lepas korang jangan tanya……Kalau nak tau harga sekotak rokok 20 batang kat NZ berharga RM108.00. Murah kan! kan!

Abuzzy 4 Berth @ UNTA

Kalau nak tau dalam UNTA ni macam mana keadaannya korang boleh google sendiri Abuzzy 4 Berth Top. Oleh kerana kami berempat malas nak mengangkut najis sendiri so kami putuskan untuk tidak  menggunakan tandas dalam UNTA tu. Hehehe! kami memilih untuk menginap di Motel-Motel murah yang lebih selesa untuk kami berempat. UNTA ni kami gunakan untuk menjelajah dan memasak sahaja jika ada tempat-tempat menarik di sepanjang jalan.Bercakap pasal makan….makanan halal memang ada dan banyak kalau rajin bertanya Mr. Google. Kitorang dah bahagi-bahagi tugas dan tanggungjawab sepanjang perjalanan ni. Lelaki memandu sambil bergirang gumbira manakala wanita pula akan memasak apabila sampai ke destinasi. Masalah pada aku adalah aku ni memang Melayu sejati so nasik memang tidak dapat dipisahkan dan terpaksalah wife aku menyediakan santapan berunsurkan nasik sepanjang perjalanan.
Bagi mengiburkan hati wife dan kaum wanita sepanjang jalan terpaksalah kami berenti di Park n Save atau yang sewaktu dengannya. Shopping & Wanita memang tidak dapat dipisahkan. Habis setiap produk dalam Park n Save kena belek…beli belum tentu. Bagi sesiapa yang belum sampai NZ, Park n Save ni lebih kurang macam Pasaraya Giant la kat Malaysia. 
Aku tak nak la tulis apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami sebab memang panjang dan boleh buat buku la confirm! So jawapan kepada soalan yang bermain dalam fikiran aku sebelum sampai ke NZ…cantik sangat ke NZ ni???? Jawapannya adalah Subhanallah memang tersangat cantik sampai kami berempat tidak terkata sepanjang perjalanan. NZ mempunyai pemandangan yang sangat cantik berbanding negara-negara yang aku pernah jelajah sebelum ini.
Cuma ada satu pengalaman yang perlu aku share dan korang perlu berhati-hati. Masa kami ambik UNTA, salah seorang staff syarikat penyewa ni akan buat verification pada kredit kad sahabat aku untuk tujuan deposit dan masa nak pulangkan UNTA sepatutnya diorang buat pembatalan / refund. Tapi apa yang berlaku adalah staff yang sama telah charge kad kredit sekali lagi bukannya refund. Nasib baik resit asal ada dan kami belum masuk ke airport. Bila tersedar terus kami berpatah balik untuk cancel pembayaran yang telah dibuat dua kali.
Rupanya sebelum ini memang pernah berlaku kes yang sama dan kebanyakannya apabila kita tidak simpan resit asal dan membuat semakan so sila simpan resit-resit korang dan semak la semua transaksi kad kredit. Sekian….wassalam.
Aku share la sikit pemandangan kt NZ dan korang nilai sendiri la cantik ke tidak NZ ni.