Featured

Kia Ora New Zealand

Assalamualaikum….lama jugak aku nak fikir apa nak tulis dalam ni. Hehehe! akhirnya aku buat keputusan untuk share je la pengalaman aku & isteri serta sahabat aku & isterinya mengembara ke North Island, New Zealand pada 16 Disember 2018 sampai 29 Disember 2018. 
Plan untuk melawat New Zealand atau dalam bahasa Maori ‘Aotearoa’ rasanya sekejap je sebab aku memang pakar bab mempengaruhi orang lain dan pantas membuat keputusan tanpa memikirkan apa kesan dan akibat yang akan berlaku pada masa akan datang. Rasanya isteri dan sahabat aku ni dah kenal sangat perangai aku hahahaha!
Kami berempat naik flight MAS je sebab nak jimat kos dan masa. Kos tiket flight sorang dalam RM3,400 masa tu maybe sebab bulan Disember ni kira ‘peak season’ di NZ. Sebab apa kitorang pilih Negara Maori ni???? hmmmmm….yang aku boleh jawab, sebelum ni dengar je orang cakap NZ ni Negara dia cantik. So aku pun buat keputusan nak tengok sendiri cantik ke tidak. Aku ni pun takde la banyak sangat berjalan tengok negara orang tapi boleh la sikit-sikit.
So setelah berjaya memukau wife aku dan mempengaruhi sahabat aku, kami pun terus membuat tempahan tiket flight dan study la sikit-sikit apa yang patut. Kalau ikut google maps kami akan menempuh perjalanan sepanjang 1,790KM dengan menaiki kenderaan yang kami panggil sebagai ‘UNTA’. Mesti korang nak tau UNTA kami macam mana kan? Sabar!!! First…aku nak share dulu routes yang kitorang pilih untuk dijelajah.

Kalau korang tengok betul-betul map NZ ni sebelah atas North Island tu ada lagi tapi disebabkan masa kitorang tak sempat la nak menjelajah sebelah atas tu. Bercakap pasal UNTA kitorang pulak, UNTA kitorang ni walau pun ‘huduh’ tapi banyak jasanya kepada kami berempat. Heheheh!
Penerbangan dari KLIA ke Auckland ni ambik masa lebih kurang 10 jam gak la. Naik kebas punggung tapi semangat Maori telah meresap dalam badan so kami berempat selamat sampai di Auckland International Airport. Auckland International Airport ni tak la sebesar KLIA maybe sebab airport dia dipecahkan kepada dua Domestik dengan International.
Satu benda yang bagus untuk sesiapa yang nak ke NZ, elok buat list makanan yang korang nak bawak dan print ‘ingredients’ setiap produk tu besar-besar supaya memudahkan Pegawai Kastam di NZ dan juga mempercepatkan proses sebab tersilap bawak makanan atau bahan-bahan makanan yang terlarang letih oooo nak menjawab dan yang pasti korang akan buang masa kat situ. So sekali lagi aku nasihatkan study apa yang boleh bawak dan apa yang tak boleh bawak.
Alhamdulillah proses kami keluar daripada airport berjalan lancar sebab dah buat preparation awal termasuk rokok aku sebanyak 4 carton atau 40 kotak dunhill bersamaan 800 batang yang sememangnya SALAH. Hehehe! Macam mana boleh lepas korang jangan tanya……Kalau nak tau harga sekotak rokok 20 batang kat NZ berharga RM108.00. Murah kan! kan!

Abuzzy 4 Berth @ UNTA

Kalau nak tau dalam UNTA ni macam mana keadaannya korang boleh google sendiri Abuzzy 4 Berth Top. Oleh kerana kami berempat malas nak mengangkut najis sendiri so kami putuskan untuk tidak  menggunakan tandas dalam UNTA tu. Hehehe! kami memilih untuk menginap di Motel-Motel murah yang lebih selesa untuk kami berempat. UNTA ni kami gunakan untuk menjelajah dan memasak sahaja jika ada tempat-tempat menarik di sepanjang jalan.Bercakap pasal makan….makanan halal memang ada dan banyak kalau rajin bertanya Mr. Google. Kitorang dah bahagi-bahagi tugas dan tanggungjawab sepanjang perjalanan ni. Lelaki memandu sambil bergirang gumbira manakala wanita pula akan memasak apabila sampai ke destinasi. Masalah pada aku adalah aku ni memang Melayu sejati so nasik memang tidak dapat dipisahkan dan terpaksalah wife aku menyediakan santapan berunsurkan nasik sepanjang perjalanan.
Bagi mengiburkan hati wife dan kaum wanita sepanjang jalan terpaksalah kami berenti di Park n Save atau yang sewaktu dengannya. Shopping & Wanita memang tidak dapat dipisahkan. Habis setiap produk dalam Park n Save kena belek…beli belum tentu. Bagi sesiapa yang belum sampai NZ, Park n Save ni lebih kurang macam Pasaraya Giant la kat Malaysia. 
Aku tak nak la tulis apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami sebab memang panjang dan boleh buat buku la confirm! So jawapan kepada soalan yang bermain dalam fikiran aku sebelum sampai ke NZ…cantik sangat ke NZ ni???? Jawapannya adalah Subhanallah memang tersangat cantik sampai kami berempat tidak terkata sepanjang perjalanan. NZ mempunyai pemandangan yang sangat cantik berbanding negara-negara yang aku pernah jelajah sebelum ini.
Cuma ada satu pengalaman yang perlu aku share dan korang perlu berhati-hati. Masa kami ambik UNTA, salah seorang staff syarikat penyewa ni akan buat verification pada kredit kad sahabat aku untuk tujuan deposit dan masa nak pulangkan UNTA sepatutnya diorang buat pembatalan / refund. Tapi apa yang berlaku adalah staff yang sama telah charge kad kredit sekali lagi bukannya refund. Nasib baik resit asal ada dan kami belum masuk ke airport. Bila tersedar terus kami berpatah balik untuk cancel pembayaran yang telah dibuat dua kali.
Rupanya sebelum ini memang pernah berlaku kes yang sama dan kebanyakannya apabila kita tidak simpan resit asal dan membuat semakan so sila simpan resit-resit korang dan semak la semua transaksi kad kredit. Sekian….wassalam.
Aku share la sikit pemandangan kt NZ dan korang nilai sendiri la cantik ke tidak NZ ni.

New Zealand ‘Supir’ Services

Insya Allah….aku dan wife sekali lagi akan ke New Zealand bagi membawa sepupu wife aku sekeluarga tapi trip kali ni lebih kepada menjadi ‘Supir’ dan ‘tourist guide’. Aku tak kisah jadi apa pun janji dapat kembali ke NZ. Oleh kerana trip dan tugas kali ni agak mencabar dan berat, aku kena study betul-betul semua perkara supaya perjalanan kami berjalan lancar. Insya Allah seramai 9 orang termasuk aku dan isteri (4 dewasa 5 kanak-kanak) akan mengembara ke NZ cuma route mana yang aku nak bawak belum plan lagi. Tengok la nanti mana tau kalau dapat ilham tapi yang pasti belah Utara Auckland terpaksa dikecualikan sebab area tu kurang sikit aktiviti untuk budak-budak.

Bila ada kanak-kanak ni kita kena fikirkan apa yang boleh menyeronokkan diorang sebab kita yang dewasa ni tengok pemandangan jer dah happy sangat dah. Bab makan satu lagi benda yang perlu aku plan betul-betul sebab bukan jer kanak-kanak yang dewasa pun boleh jadi ‘Hulk’ kalau lapar termasuk aku hahaha! Mana kedai halal, berenti cari toilet, shopping barang, berhibur, tidur, main dan segala yang berkaitan la. Keselamatan pun penting gak sebab aku membawa 8 nyawa lain kali ni, tak boleh nak memandu sesuka hati.

Oleh kerana komposisi rombongan Cek Kiah kali ni agak pelbagai so aku pastikan semuanya berpuas hati dan seronok. Hmmmm! agak mencabar jugak sebenarnya. Semoga perjalanan kami semua selamat dan dipermudahkan hendaknya Aminn!!!

Advertisements

Lelaki Melayu Terakhir Di Cameroon

Assalamualaikum….yang pasti aku bukan salah seorang daripada gambar di atas. Kalau korang pernah baca blog aku yang bertajuk ‘Ke mana dah???’ mesti korang tau yang aku dah pernah sampai di Cameroon tapi atas urusan kerja. Fakta menarik berkaitan Cameroon adalah “sesiapa yang boleh memandu di Cameroon pasti boleh memandu di Negara lain”

sebab apa? dari pemerhatian aku di sana mereka tidak ada sistem memandu yang sistematik seperti Negara-Negara lain. Rakyat di Cameroon memandu mengikut gerak hati, kereta boleh jadi bas, basikal boleh jadi motorsikal, lori boleh jadi bas. Jalan raya 2 hala bila petang waktu balik kerja boleh jadi 8 hala. Seram sejuk aku tengok, setakat jem kita kat KL ni kacang jer bagi diorang.

Berbalik kepada cerita asal aku ni, dari KL kami transit di Paris dan kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Douala International Airport dan menginap di salah sebuah hotel di Douala. Keesokan harinya, kami menaiki 2 buah pacuan 4 roda meneruskan perjalanan ke Yaounde yang jaraknya 268km dan mengambil masa 5 jam 33 minit. Setelah selesai urusan kerja kami dalam jam 7 petang kami meneruskan perjalanan tetapi malangnya salah satu kenderaan kami telah rosak di tengah hutan belantara.

Oleh kerana satu lagi kenderaan masih boleh digunakan, mereka meneruskan perjalanan ke Yaounde dan tinggallah aku seorang bersama seorang pemandu warganegara Cameeron di tengah hutan tebal dan gelap. Alhamdulillah kenderaan yang kami naiki boleh berjalan tetapi masih perlu dibaiki dan kami singgah si stesen minyak. Masa di stesen minyak tu aku lihat orang Cameroon ni berhibur di bawah lampu jalan berhampiran stesen minyak. Bilangannya terlalu ramai seolah-olah ada konsert Wing di situ. Dalam ramai-ramai tu, aku la yang mempunyai kulit paling cerah sebab yang lain hanya nampak gigi dengan baju jer.

Lebih kurang jam 1 pagi pemandu bagi tau yang kereta kami boleh digunakan semula dan kami meneruskan perjalanan ke Yaounde yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami menginap di Hilton Yaounde malam tu dan keesokan harinya kami berpatah balik ke Douala. Dalam perjalanan ke Douala kami sempat singgah menziarah satu perkampungan Islam di sana cuma aku lupa nama kampung tu. Kalau diberi pilihan samada aku mau ke Cameroon lagi, aku rasa mungkin tidak kot hehehe!

Attention All Passengers:NZ New Rules!!!

Kerajaan New Zealand akan melaksanakan peraturan baru atau NZeTA (New Zealand Electronic Travel Authority) kepada para pengunjung daripada beberapa buah Negara termasuk Malaysia yang berhasrat untuk melancong ke NZ atau ‘transit’ di NZ berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019.

Sehubungan itu, sekiranya korang berhajat ke NZ terutamanya Musim ‘Summer‘ atau bulan Disember ni, korang WAJIB membuat Permohonan NZeTA dan WAJIB membayar International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL)

Tapi kalau korang dah ada Visa NZ yang sah atau telah menjadi penduduk tetap NZ korang tidak perlu memohon NZeTA dgn IVL ni tau. Berapa caj NZeTA dengan IVL? Caj NZeTA berbeza-beza bergantung pada platform yang korang gunakan untuk membuat permohonan. Kos Bayaran NZeTA adalah seperti berikut:-

NZD $ 9 – permohonan melalui aplikasi IOS atau Android.

NZD $ 12 – pemohonan menggunakan laman web.

Bagi kos bayaran IVL pulak adalah NZD $ 35 untuk setiap orang.

Walau bagaimanapun, setelah korang bayar dan dapat NZeTA dan IVL ni ianya sah untuk 2 tahun so korang boleh la berulang alik ke NZ dalam tempoh tu. Yang paling penting adalah korang perlu memohon NZeTA dengan IVL ni selewat-lewatnya 72 Jam sebelum tarikh penerbangan korang. Tapi bagi aku elok la diselesaikan sebulan atau 30 hari sebelum untuk elakkan korang tak boleh nak terbang ke NZ.

Satu perkara lagi yang perlu korang tau adalah, sekiranya korang travel menggunakan NZeTA ni, pastikan tiket atau itinerary penerbangan pergi dan balik korang sentiasa ada di tangan. Jika korang bercadang bekerja sambil bercuti atau hendak tinggal di New Zealand melebihi 3 bulan korang TIDAK BOLEH menggunakan di NZeTA.

Secara terperincinya aku rasa elok korang study dan baca berkali-kali link ni https://www.immigration.govt.nz/new-zealand-visas

Tetamu Dari Amsterdam

Assalamulaikum…. hari ni baru la kehidupan kembali normal berbanding 4 hari sebelumnya kerana aku telah berjaya menyelesaikan tugasan baru sebagai Pak Supir bagi family angkat kami yang datang bercuti ke KL. Alhamdulillah! bertambah lagi keluarga dan hubungan silalturrahim di antara kami semua. Aku dan isteri pernah menjejakkan kaki ke Amsterdam dan di sana kami berkenalan. Sepanjang berada Amsterdam, mereka lah yang sudi memasak dan membawa kami berdua ke merata-rata tempat di Amsterdam sehinggalah ke sempadan German.

Terima kasih Abang Heyder, Kak Nova dan Nanda yang sudi melayan karenah aku dan isteri. Inilah hebatnya pertalian saudara berketurunan Arab, walau pun hubungan kekeluargaan yang jauh tapi disebabkan mempunyai keturunan yang sama dengan wife aku so kami berdua dianggap sebagai keluarga.  Setelah 3 tahun menunggu kami akhirnya berjumpa kembali cuma beza kali ni Abang Heyder dan Kak Nova membawa sekali anak lelaki mereka Anas. Keluarga ini telah lama menetap di Amsterdam sejak 30 tahun yang lepas dan kedua-dua anak mereka lahir di sana.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Asmterdam dan pernah singgah ke Sarinah Java Kitchen yang beralamat di Ceintuurbaan 53, 1072 ET, Amsterdam, Abang Heyder dan Kak Nova ni la pemilik restoran tu. Makanan ala-ala Indonesia dan paling penting HALAL. Aku dah menjelajah sampai ke dapur dan siap tolong memasak lagi di restoran tu. Dapur memang bersih giler sebab kat sana diorang memang menitik beratkan bab kebersihan ni kalau ada komplen jer confirm kena tutup dan kena denda.

Abang Heyder dan Kak Nova ni sebenarnya berasal daripada Magelang, Indonesia sebuah pekan yang jaraknya lebih kurang 1 jam 30 minit daripada Bandar Jogjakarta. Rindu rasanya kami berdua kepada mereka sekeluarga. Insya Allah satu hari nanti kami akan melawat ke Magelang jika ada kelapangan, aku dan isteri pun belum pernah sampai ke Jogjakarta. Alhamdulillah jugak janji kami untuk bawa Abang Heyder dan Kak Nova makan buah rambutan dan durian telah ditunaikan, kalau tak rasa macam terhutang jer. Nampak mereka puas makan buah rambutan dan durian sebab di Amsterdam buah rambutan yang dijual terlalu mahal dan boleh dikategorikan sebagai tak selera kita nak makan kalau di Malaysia. Buah durian kat sana aku tak pasti sebab macam takde jer jual.

Sampai ketemu lagi Abang Heyder dan Kak Nova, terima kasih kerana sudi melawat kami di KL. Insya Allah kita akan berjumpa lagi….Aminn!!!

Wajib Makan Di Penang

Macam jarang nampak bendera ni kan? Maybe aku jer kot yang jarang tengok tapi kalau sebut Negeri mana confirm semua orang tau dan pernah sampai sini. Tak jauh pun dari KL dan yang pasti bagi aku Penang memang ‘syurga makanan’ sebab banyak tempat-tempat makan yang sedap-sedap kat sini. Aku tak tau la selera korang macam mana tapi bagi aku makanan kat Penang setakat ni memang terbaik. Nak tau tempat wajib yang aku selalu makan kalau berada di Penang? Kalau berkesempatan elok korang cuba. Antara 10 tempat atau restoran tersebut adalah:-

  • Restoran Hameediyah, 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
  • Restoran Asam Pedas Sedap, Kawasan Perniagaan Arowana, 13500 Permatang Pauh, Penang
  • Hameed Pata Mee Sotong, 5, Explanade park, Lebuh Light, Georgetown, 10300 George Town, Penang
  • Cargas Cafe, 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Restoran Ikan Bakar Din, 6735, Jalan Butterworth, Kampung Permatang Manggis, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Restoran Aur Gading – Mee Udang Sg Dua, Lot 2281 , Jalan Pengkalan Machang , Titi Timbul Sungai Dua , Pulau Pinang, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang
  • Tajuddin Hussain Nasi Kandar, 45-63, Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
  • Ais Tingkap, 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
  • Roti Canai Transfer Road, 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
  • Bawal Goreng Kelapa Sawit, 814, Jalan Tok Kangar, Kawasan Perusahaan Ringan Juru, 14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Ni la 10 tempat yang wajib aku singgah kalau di Penang dan aku rasa korang patut cuba. Restoran Hameediyah tu aku wajib makan briyani lauk ayam bawang, paru/lempung masak hitam, acar timun dengan dalca. Nama je Restoran Asam Pedas Sedap, tapi kat sini yang terbaik adalah gulai tak kisah gulai apa tapi memang menjilat jari la lagi-lagi gulai ikan temenung, ikan keli goreng, ikan pekasam dan ulam.

Hameed Pata Mee Sotong ni pulak, mee goreng tapi specialnya kat sini ada sambal sotong atas mee goreng. Tapi kalau korang nak yang betul-betul kick mee sotong ni mestilah dimasak oleh ownernya iaitu En Hameed. Kalau pekerja dia masak macam ada kurang sikit. Cargas Cafe, kedai ni jual macam-macam lauk tapi orang yang datang sini berebut nak makan ayam goreng dia. Aku dah try memang lain rasanya dan sedap sangat. Lauk-lauk lain bagi aku lebih kurang jer.

Restoran Ikan Bakar Din ni pun jual macam-macam lauk tapi korang kena rasa daging bakar harimau menangis yang memang menangis kita yang makan sebab memang sedap. Lauk-lauk lain pun sedap dan terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak makan apa. Restoran Aur Gading Mee Udang ni, special menu dia adalah mee udang dia yang mempunyai kuah yang sedap dan udang pulak ikut selera kita nak banyak mana.

Tajuddin Husasain Nasik Kandar ni memang kegemaran orang-orang lama di Penang. Rasa lauk-pauk di sini dikatakan tidak berubah sejak dulu lagi. Ayam negro kat sini memang terbaik. Ais Tingkap pulak lebih kepada minuman dan sesuai dengan cuaca Penang yang panas. Di sini ada jual cendol dengan air sirap selasih yang mempunyai isi kelapa di dalamnya.

Roti Canai Transfer Road pulak lebih kepada sarapan pagi yang menjual roti canai. Kita boleh pilih nak daging seketul atau telur diletakkan di atas roti canai bersama kuah. Bawal Goreng Kelapa Sawit ni pulak specialnya adalah bawal goreng yang garing dan sambal kicapnya. Lauk bawal goreng ni jer dah boleh buat kita makan dua pinggan.

Aku tak nak la review secara details nanti korang terliur pulak so better korang rasa sendiri makanan yang aku dah listkan ni. Selamat mencuba!!!

Ke Mana Dah???

Tajuk kali ni agak mencabar sebab nak kata banyak sangat ke tempat atau negara aku dah sampai tak jugak tapi boleh la aku share dengan korang semua. Tapi kalau nak tulis dalam blog ni setiap tempat yang aku pernah sampai confirm seminggu korang nak baca. Aku cuba sedaya upaya untuk ingat balik ke mana tempat yang aku pernah sampai sepanjang hidup aku dan aku akan bagi tau negara mana yang paling lama aku melawat. Cara terbaik aku rasa better aku listkan jer ikut negara supaya mudah aku nak update balik blog ni akan datang. Antara negara yang aku pernah sampai adalah:-

  • Japan – Osaka, Tokyo, Sapporo & Khusyu Island
  • German – Munich, Dusseldorf, Cologne
  • Belgium – Brussels
  • Czech Republic – Prague
  • Austria – Vienna
  • United Kingdom – London
  • France – Paris
  • Switzerland – Geneva
  • Cameroon – Douala, Yaounde
  • United Arab Emirates – Dubai, Abu Dhabi
  • Saudi Arabia – Macca, Medina, Jeddah
  • Qatar – Doha
  • China – Hong Kong, Macau
  • Philippines – Manila
  • Australia – Melbourne, Perth
  • New Zealand – Auckland, Wellington
  • Netherlands – Amsterdam
  • Thailand – Bangkok, Pattaya, Hua Hin, Phuket, Krabi, Koh Samui
  • Indonesia – Jakarta, Surabaya, Medan, Bandung, Bali, Bogor, Lombok, Kendari
  • Singapore
  • Cambodia – Phnom Penh
  • Vietnam – Ho Chi Minh

Rasanya ni yang aku ingat la tapi kalau ada tempat yang tertinggal atau baru aku pergi aku akan update. Kalau tengok kat peta dunia banyak lagi yang aku belum sampai. Kalau korang nak tau tempat yang paling lama aku pergi adalah Khusyu Island (Oita) Japan, aku duduk sana lebih kurang 40 hari sampai susut berat badan 10 kg! hahaha! Tempat yang aku pergi lebih dari sekali ialah New Zealand dan mungkin akan jadi 4 kali sebab tak puas hahahah! Insya Allah!

Travel Photograpy

Aku bukan nak buat review pasal DJI Osmo Pocket tapi kali ni aku nak cerita share pasal Travel Photograpy. Dunia sekarang makin moden dan banyak peralatan elektronik yang canggih dan senang di bawa ke mana saja terutama semasa kita melancong. Penipu la kalau korang cakap tak ambik gambar masa melancong. Paling takde pon kita guna handphone untuk ambik gambar. Takde la macam dulu-dulu, nak kena beli KODAK pastu balik nak kena hantar cuci kat kedai. Kalau korang nak tau 99% gambar dalam blog ni aku guna smartphone jer bukan pakai DSLR yang besar gedabak tu. Dulu aku pernah terjebak main DSLR dan first camera DSLR aku beli kat Japan iaitu CANON 50D lepas tu balik Malaysia upgrade ke 7D. Sekarang ni pakai smartphone je lagi mudah dan cepat. Kualiti gambar pun tak banyak beza pada pandangan kasar la. Aku nak bagi tau aku bukan pakar bab photograpy tau, saja suka-suka. Apa smartphone aku pakai? Sekarang aku pakai iPhone X dengan HUWAWEI P30 Pro. Sebelum ni aku pakai P20 Pro tapi aku upgrade ke P30 Pro. Pada pandangan aku, smartphone HUWAWEI memang terbaik setakat ni la dari segi kualiti gambar dan video. Contohnya gambar ni.

Huawei P20 Pro
Huwawei P20 Pro
Huwawei P30 Pro

Cuma beza yang aku perasan kat gambar P20 Pro dengan P30 Pro adalah bila ambik gambar selfie. Gambar P20 Pro tak clear berbanding P30 Pro. Sebab apa korang google la hehe malas aku nak terangkan kat sini sebab aku bukan pakar bab ni tapi memang nampak bezanya. Aku kalau ada rezeki memang berminat dengan DJI Osmo Pocket ni, review macam menarik dan satu benda lagi yang menarik hati aku adalah DJI Mavic 2 Pro. Macam mana bentuk DJI Mavic 2 Pro ni?

Maybe drone ni kemudian kot sebab agak teknikal jugak nak main dengan benda ni. Kalau smartphone tu kita main tekan jer sapppp! siap dah gambar sekeping hehehe! semoga bermanfaat la apa yang aku tulis ni. Bye!

Lombok, Indonesia

Lombok, Indonesia…trip ni dah lama tapi aku nak abadikan dalam blog ni supaya akan datang kalau ada anak cucu boleh la diorang baca hahaha! Pulau Lombok seluas 4,725km persegi. Apa yang menarik trip kali ni adalah tourist guide kami iaitu Makbul, kalau tak silap aku la umur dia dalam 20-an je kot dan berbadan kecik macam budak darjah 6. Tapi bab bercakap bagi kat dia, abis semua benda dia cerita.
Trip kali ni pak mertua, mak mertua dengan adik ipar aku pun join so kitorang ambik bilik di AVIA Villa Resort. Aku dengan pak mertua aku sempat kena seround bergolop di Lombok Golf Kosaido Country Club.

Cuma pada masa aku pergi tu, bangunan utama kelab golf tu baru terbakar dalam sebulan kot so nak register kena buat bawah khemah. Keadaan fairway dgn green memang tak mengecewakan dan golf course ni ada pemandangan yang cantik sebab terletak di tepi pantai.

Selain aktiviti bergolop, kami sempat pusing-pusing pulau ni dan ke pulau Gili konon-konon nak snorkeling la. Bab air ni memang aku kecut perut bukan sebab tak pandai berenang tapi ntah memang fobia lagi-lagi laut. Tapi hero mana bleh kalah so kita kena tunjuk berani walau pun kat dalam goyang.
Aku kalau bab safety memang amik berat sebab nyawa kita ada satu jer. Kat dalam bot wajib pakai safety jacket. Masalah aku kalau snorkeling ni aku rabun so susah la nak tengok pemandangan bawah air. Tiba aktiviti skuba di Pulau Gili, setelah pastikan semua selamat aku pun terjun dari bot tapi malang air laut masuk dalam saluran pernafasan, apalagi terteguk jugak la air laut. Hahaha! Dengan muka tak bersalah aku terus naik bot balik.

Kesimpulan kat sini…apa jugak aktiviti yang kita nak buat utamakan keselamatan sebab nyawa kita satu jer…bye!!!

Hua Hin, Golf Travel

Hua Hin, Thailand memang terkenal kepada para Golfer khususnya golfer dari Malaysia. So trip kali ni, bukan jer jenjalan makan angin tapi sesambil bergolop di Hua Hin, Thailand sempena adik ipar aku yang baru kahwin dan diorang nak Honeymoon. Aku dengan wife pulak sibuk nak follow termasuk dengan X-Boss aku dan isterinya hahahaha! Kami pun kira honeymoon jugak la sebab pergi 3 couples.

Dari KL kami naik Malindo Air ke Bangkok dan kemudian menaiki Van dari Bangkok ke Hua Hin. Boleh tahan jauh jugak perjalanan ke Hua Hin ni. Nasib baik Van yang bawak kami besar dan amat selesa. Rasa macam naik Vellfire cuma versi Thailand la.

Sambung cerita pasal Golf Course kat Hua Hin memang banyak dan cantik-cantik tahap Internasional la. Antaranya:-

  • Black Mountain Golf Club
  • Banyan Golf Club
  • Majestic Creek Golf Club & Resort
  • Sea Pine Golf Course
  • Springfield Royal Country Club
  • Palm Hills Golf Club & Residence
  • Imperial Lake View Resort & Golf Club
  • Royal Hua Hin Golf Course

Sebenarnya banyak lagi gambar Golf Course kat Hua Hin ni tapi takut korang boring so aku upload yang ni jer la. Tapi aku boleh kata, golf club kat sini memang bertaraf Internasional la, patut la ramai diorang lahirkan ramai player bertaraf antarabangsa. Siapa yang tak kenal dengan Tongchai Jaidee, Kiradech Aphibarnrat, Ariya Jutanugarn dan ramai lagi. Merasa la main kat tempat diorang ni walaupun 2 bola jer tapi bagus gak cepat abis dan sempat menghabiskan masa ke tempat menarik kat Hua Hin ni.

Kalau New Zealand terkenal dengan Flat White Coffee, Thailand pulak terkenal dengan Thai Tea atau kat Malaysia Teh Ais. Memang terbaik teh ais dia dan rasa pun lebih kurang jer kat mana-mana kedai. Makanan halal pun ada kat area Hua Hin ni dan lebih mudah nak cari area Hua Hin Railway Station tak jauh dari Hua Hin Night Market. Kepada yang tak kenal teh ais ni dia rupa dia hahaha!

So selamat menjelajah ke Hua Hin!!!

Next Trip???

Next trip???….hmmmm! susah aku nak cakap tapi kalau ada rezeki aku dan isteri bercadang nak jelajah keseluruhan South Island, New Zealand naik camperzan/caravan. Kira main outdoor la. Kalau ikutkan bulan Ogos memang terbaik sebab musim sejuk kat sana tapi ntah la susah nak cakap sebab aku boleh plan tapi waktu kejadian jadi atau tak kita tak pasti lagi.

Bercakap pasal South Island NZ ni, kalau dapat pergi dalam 3 minggu memang terbaik cuma modal la kena tebal sikit. Apa yang boleh jimat kena jimat sebab kat negara orang. Kad kredit dah tentu kena kosongkan sebelum pergi ke luar negara ni. Bagi yang bercadang nak ke NZ, aku nasihatkan buat la perbandingan harga apa juga benda pun. Memang banyak travel agent tapi buat la study sikit pasal kos, jangan nak main setuju jer.

Sekarang ni mudah sikit sebab ada banyak aplikasi yang boleh kita guna untuk buat perbandingan harga. Contoh macam KAYAK, kita boleh check tiket flight yang termurah supaya boleh buat perbandingan. Kalau hotel aku suka pakai TRIVAGO sebelum check balik harga dalam Booking.Com dan AGODA. Kita nak travel ni memang kena buat banyak persiapan samada sebelum pergi atau semasa kat negara kita nak pergi. Kesihatan pun penting jugak bagi yang nak travel ni, bukan setakat kesihatan dompet kita jer.

Kalau kat negara orang jangan buat perangai sebab kita tak tau budaya dan peraturan kat sana. Karang ke dalam susah nak keluar oooo!

Korang mesti pelik pasal apa aku syok sangat dengan NZ ni, jawapannya susah aku nak terangkan tapi kalau korang berkesempatan pergi la ke sana dan korang akan jumpa jawapan yang korang cari. Sekian!