Tetamu Dari Amsterdam

Assalamulaikum…. hari ni baru la kehidupan kembali normal berbanding 4 hari sebelumnya kerana aku telah berjaya menyelesaikan tugasan baru sebagai Pak Supir bagi family angkat kami yang datang bercuti ke KL. Alhamdulillah! bertambah lagi keluarga dan hubungan silalturrahim di antara kami semua. Aku dan isteri pernah menjejakkan kaki ke Amsterdam dan di sana kami berkenalan. Sepanjang berada Amsterdam, mereka lah yang sudi memasak dan membawa kami berdua ke merata-rata tempat di Amsterdam sehinggalah ke sempadan German.

Terima kasih Abang Heyder, Kak Nova dan Nanda yang sudi melayan karenah aku dan isteri. Inilah hebatnya pertalian saudara berketurunan Arab, walau pun hubungan kekeluargaan yang jauh tapi disebabkan mempunyai keturunan yang sama dengan wife aku so kami berdua dianggap sebagai keluarga.  Setelah 3 tahun menunggu kami akhirnya berjumpa kembali cuma beza kali ni Abang Heyder dan Kak Nova membawa sekali anak lelaki mereka Anas. Keluarga ini telah lama menetap di Amsterdam sejak 30 tahun yang lepas dan kedua-dua anak mereka lahir di sana.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Asmterdam dan pernah singgah ke Sarinah Java Kitchen yang beralamat di Ceintuurbaan 53, 1072 ET, Amsterdam, Abang Heyder dan Kak Nova ni la pemilik restoran tu. Makanan ala-ala Indonesia dan paling penting HALAL. Aku dah menjelajah sampai ke dapur dan siap tolong memasak lagi di restoran tu. Dapur memang bersih giler sebab kat sana diorang memang menitik beratkan bab kebersihan ni kalau ada komplen jer confirm kena tutup dan kena denda.

Abang Heyder dan Kak Nova ni sebenarnya berasal daripada Magelang, Indonesia sebuah pekan yang jaraknya lebih kurang 1 jam 30 minit daripada Bandar Jogjakarta. Rindu rasanya kami berdua kepada mereka sekeluarga. Insya Allah satu hari nanti kami akan melawat ke Magelang jika ada kelapangan, aku dan isteri pun belum pernah sampai ke Jogjakarta. Alhamdulillah jugak janji kami untuk bawa Abang Heyder dan Kak Nova makan buah rambutan dan durian telah ditunaikan, kalau tak rasa macam terhutang jer. Nampak mereka puas makan buah rambutan dan durian sebab di Amsterdam buah rambutan yang dijual terlalu mahal dan boleh dikategorikan sebagai tak selera kita nak makan kalau di Malaysia. Buah durian kat sana aku tak pasti sebab macam takde jer jual.

Sampai ketemu lagi Abang Heyder dan Kak Nova, terima kasih kerana sudi melawat kami di KL. Insya Allah kita akan berjumpa lagi….Aminn!!!

Advertisements

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: